Rabu, 6 Oktober 2010

Kisah Ulama : Bagaimana Syaikh Muqbil Al-Wadi’I (RAHIMAHULLAH) mendidik anak perempuan beliau

Ummu Abdillah(anak Syaikh Muqbil) menceritakan tentang perihal bagaimana ayahanda beliau {Syaikh Muqbil} mendidik puteri-puterinya :
“… Ayahanda tidak pernah mensia-siakan kami, walaupunpun sibuknya beliau. Oleh kerana itulah beliau sangat member perhatian terhadap kami dalam mempelajari Al-Quran. Beliau selalu mengajarkan kami dalam membaca Al-Quran. Kadang-kadang beliau rakam hafalan kami agar semakin kukuh. Pada suatu ketika saudari saya sedang menghafal Al-Quran, dan ayahanda pula sedang berada di perpustakaan. Saudariku tadi mencari beliau, ingin didengarkankan hafalannya. Beliau pun meninggalkan kajiannya, mendengar hafalan saudariku lalu kembali lagi ke perpustakaan.

Begitu kami menginginkan bacaan Al-Quran yang baik, beliau membeli kaset bacaan Syaikh Mahmud Khalil Al-Husari (Qari Mesir) untuk kami. Beliau juga membelikan masing-masing untuk kami satu tape recorder tanpa radio. Ini adalah bentuk penjagaan beliau agar kami tidak mendengar nyanyian berupa muzik (kerana muzik pada dasarnya memang haram).

Dan setelah kami mengetahui lebih mendalam, kami dibelikan masing-masing sebuah tape recorder dengan radionya, namun beliau tetap memperingatkan kami terhadap nyanyian dengan berupa muzik. Dan alhamdulillah, kami menerima peringatan tersebut. Kami tidak mendengar muzik sama sekali, seiring dengan rasa tidak senang hati serta BENCI terhadap nyanyian muzik.

Dalam menghafal Quran, beliau memerintahkan kami hanya menggunakan satu mushaf dari satu penerbit sahaja kerana itu akan membantu memperkukuhkan hafalan. Kalau beliau melihat di tangan kami ada mushaf yang berbeza, beliau akan memberikan peringatan yang keras dan sangat marah.

Di antara murid beliau ada orang-orang Sudan dan Mesir yang datang beserta isteri-isterinya. Di antara isteri-isteri mereka ada yang mengajarkan kami dengan diberi gaji oleh ayah sebagai bentuk perhatian beliau terhadap pendidikan. Dan apabila ada buku-buku yang digunakan oleh para guru wanita tersebut ada gambar makhluk bernyawa, beliau seraya memerintahkan kami untuk membakarkannya. Kami pun membakar gambar-gambar tersebut disertai dengan kebencian yang amat sangat terhadap gambar-gambar itu.

Lalu selepas itu kami pun diajarkan ilmu-ilmu syar’i berupa Al-Quran dan As-Sunnah, sehingga kami pun menghafal bersama para guru wanita tersebut dan kami pun hafal beberapa hadis Rasulullah walhamdulillah.

Beliau rahimahullah kadang-kadang bersenang-senang dan bergurau senda bersama kami, dalam perkara yang diizinkan oleh Allah Taala. Berbeza dengan kebanyakan kaum muslimin (kecuali yang dirahmati oleh Allah) yang bersenang-lenang bersama anak-anak mereka dengan televisyen, nyanyian muzik, permainan-permainan tidak berfaedah, serta kerosakan lainnya. Padahal nabi kita saw bersabda, “Kamu sekalian adalah pemimpin dan akan minta dipertanggungjawabkan tentang apa yang dipimpinnya.”(Hadis riwayat Muslim)

Beliau selalu melarang kami agak tidak terlalu banyak keluar, dan beliau selalu mengharuskan kami untuk tidak keluar kecuali setelah mendapat keizinan beliau.

Inilah apa yang diajarkan beliau kepada kami semasa kami kecil.

Ada pun tentang pendidikan kami, beliau sangat ingin melihat kami mendalami ilmu Agama Islam dan mencari bekalan ilmu syar’i. Oleh sebab itulah, beliau mencurahkan segala kemampuan beliau untuk membantu kami menuntut ilmu dan memjadikan kami agar menggunakan kesempatan dengan sebaik-baiknya sewaktu belajar. Beliau selalu menyediakan jadual waktu khusus untuk mendidik kami. Setiap hari kedua, beliau bertanyakan pelajaran yang telah kami pelajari hari pertama lalu. Jika pelajaran itu terlalu rumit, maka beliau berikan dengan cara yang jauh lebih mudah.

Di antara pelajaran yang khusus kami pelajari di rumah adalah:
- Qatrun Nada sampai dua kali
- Syarh Ibnu Aqil sampai dua kali juga
- Tadribur Rawi
- Mushilut Thullabi ila Qowaidil I’rab (namun tidak selesai pengajian karena beliau sakit)

Majlis beliau sentiasa dipenuhi dengan kebaikan, diskusi (perbincangan), dan pengarahan, sehingga semasa hidangan makan atau bercakap melalui telefon.

Ketika beliau di Arab Saudi sebelum berangkat ke Jerman, ayahanda mengucapkan salam lewat kepada saya, “Assalamu’alaikum warahmatullah wabarakatuh”. Saya menjawabnya tanpa mengucapkan, “Wabarakatuh”. Beliau bertanya (menegur), “Mengapa engkau tidak balas dengan yang lebih utama???” sebagai isyarat pengamalan ayat ke 86 dari surat An-Nisa.

Terkadang beliau sengaja salah memberikan pertanyaan untuk menguji kefahaman kami, sebagaimana juga beliau lakukan kepada murid lelaki. Kadang-kadang beliau menanyakan tentang soalan yang cukup rumit, untuk memberikan faedah namun dimulai dengan pertanyaan terlebih dahulu. Cara ini pun diajarkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sebagaimana terdapat di dalam hadits Muad r.a.

Kadang-kadang ketika kami menemui kesulitan dalam pelajaran atau kajian kami, beliau memerintahkan kami untuk meneruskan kajian tersebut, atau beliau membawa kami ke perpustakaan dan membantu kami. Inilah yang menyebabkan kami begitu sedih dan berduka cita karena kehilangan beliau rahimahullah. Siapakah pula yang akan memperhatikan kami setelah peninggalan ayahanda?

Beliau selalu mendidik dan menyuruh kami dengan lemah lembut. Dan dengan kurniaan Allah, kami tidak terdetik sedikit pun untuk menentang serta menderhakai beliau, kerana semua itu adalah untuk kemaslahatan dan keuntungan kami juga. Semuanya itu adalah mutiara yang dicanai dengan panduan Al-Quran dan As-Sunnah.

Diantara perkara yang paling mengkagumkan pada diri beliau adalah tidak pernah kepada kami dalam perkara ijtihad memiliki sisi pandangan lain. Jikalau kami sudah memahami suatu masalah yang berbeza dengan kefahaman beliau maka beliau tidak memaksa kami untuk mengikutnya serta taasub kepadanya, seperti juga kebiasaan beliau bersama murid-muridnya yang lelaki. Beliau tidak pernah memaksa mereka untuk memahami sesuatu yang masih perlu dipertimbangkan.

Beliau rahimahullah juga memperingatkan kami tentang masyarakat, kerana masyarakat kami adalah masyarakat yang rosak, bersegera dalam melakukan kesesatan dan hal-hal yang tidak berguna, [kecuali yang dirahmati Allah].

Beliau juga memperingatkan kami tentang sikap sombong. Beliau sangat membenci kepada wanita yang sombong terhadap suaminya, beliau mengatakan, “Tidak ada kebaikan pada wanita yang seperti ini.”

Beliau mendorong kami untuk bersikap zuhud terhadap dunia yang fana ini. Beliau membimbing kami untuk meniatkan apa yang kami makan dan minum untuk menguatkan kami dalam bertakwa, agar memperoleh pahala daripada Allah. Beliau mengatakan, “Janganlah kamu menyibukkan dirimu siapkan pelbagai hidangan makanan. Apa yang mudah diperoleh, kita makan.”

Beliau juga membangkitkan semangat kami. Beliau bukan termasuk orang yang suka meruntuhkan semangat keluarga dan anak-anak perempuannya. Beliau membentuk & mendidik kami dengan sebaik-baiknya, agar kami mudah dan bersemangat untuk bersungguh-sungguh dalam memperoleh ilmu yang bermanfaat.

Diantara ucapan beliau kepada saya, “Saya berharap agar kamu menjadi wanita yang faqih.” Ya Allah, wujudkanlah harapan ayahanda, duhai Zat yang tidak diharap kecuali kepada-Nya, tempatkanlah beliau di syurga firdaus yang tinggi.

Dinukil daripada buku “Secebis Nasihat & Kehidupan Indah drpd Ayahanda Al-Allamah Syaikh Muqbil ibnu Hadi Al-Wadi’I Rahimahullah”

Tiada ulasan: