Rabu, 6 Oktober 2010

Kisah Ulama : Bagaimana Syaikh Muqbil Al-Wadi’I (RAHIMAHULLAH) mendidik anak perempuan beliau

Ummu Abdillah(anak Syaikh Muqbil) menceritakan tentang perihal bagaimana ayahanda beliau {Syaikh Muqbil} mendidik puteri-puterinya :
“… Ayahanda tidak pernah mensia-siakan kami, walaupunpun sibuknya beliau. Oleh kerana itulah beliau sangat member perhatian terhadap kami dalam mempelajari Al-Quran. Beliau selalu mengajarkan kami dalam membaca Al-Quran. Kadang-kadang beliau rakam hafalan kami agar semakin kukuh. Pada suatu ketika saudari saya sedang menghafal Al-Quran, dan ayahanda pula sedang berada di perpustakaan. Saudariku tadi mencari beliau, ingin didengarkankan hafalannya. Beliau pun meninggalkan kajiannya, mendengar hafalan saudariku lalu kembali lagi ke perpustakaan.

Begitu kami menginginkan bacaan Al-Quran yang baik, beliau membeli kaset bacaan Syaikh Mahmud Khalil Al-Husari (Qari Mesir) untuk kami. Beliau juga membelikan masing-masing untuk kami satu tape recorder tanpa radio. Ini adalah bentuk penjagaan beliau agar kami tidak mendengar nyanyian berupa muzik (kerana muzik pada dasarnya memang haram).

Dan setelah kami mengetahui lebih mendalam, kami dibelikan masing-masing sebuah tape recorder dengan radionya, namun beliau tetap memperingatkan kami terhadap nyanyian dengan berupa muzik. Dan alhamdulillah, kami menerima peringatan tersebut. Kami tidak mendengar muzik sama sekali, seiring dengan rasa tidak senang hati serta BENCI terhadap nyanyian muzik.

Dalam menghafal Quran, beliau memerintahkan kami hanya menggunakan satu mushaf dari satu penerbit sahaja kerana itu akan membantu memperkukuhkan hafalan. Kalau beliau melihat di tangan kami ada mushaf yang berbeza, beliau akan memberikan peringatan yang keras dan sangat marah.

Di antara murid beliau ada orang-orang Sudan dan Mesir yang datang beserta isteri-isterinya. Di antara isteri-isteri mereka ada yang mengajarkan kami dengan diberi gaji oleh ayah sebagai bentuk perhatian beliau terhadap pendidikan. Dan apabila ada buku-buku yang digunakan oleh para guru wanita tersebut ada gambar makhluk bernyawa, beliau seraya memerintahkan kami untuk membakarkannya. Kami pun membakar gambar-gambar tersebut disertai dengan kebencian yang amat sangat terhadap gambar-gambar itu.

Lalu selepas itu kami pun diajarkan ilmu-ilmu syar’i berupa Al-Quran dan As-Sunnah, sehingga kami pun menghafal bersama para guru wanita tersebut dan kami pun hafal beberapa hadis Rasulullah walhamdulillah.

Beliau rahimahullah kadang-kadang bersenang-senang dan bergurau senda bersama kami, dalam perkara yang diizinkan oleh Allah Taala. Berbeza dengan kebanyakan kaum muslimin (kecuali yang dirahmati oleh Allah) yang bersenang-lenang bersama anak-anak mereka dengan televisyen, nyanyian muzik, permainan-permainan tidak berfaedah, serta kerosakan lainnya. Padahal nabi kita saw bersabda, “Kamu sekalian adalah pemimpin dan akan minta dipertanggungjawabkan tentang apa yang dipimpinnya.”(Hadis riwayat Muslim)

Beliau selalu melarang kami agak tidak terlalu banyak keluar, dan beliau selalu mengharuskan kami untuk tidak keluar kecuali setelah mendapat keizinan beliau.

Inilah apa yang diajarkan beliau kepada kami semasa kami kecil.

Ada pun tentang pendidikan kami, beliau sangat ingin melihat kami mendalami ilmu Agama Islam dan mencari bekalan ilmu syar’i. Oleh sebab itulah, beliau mencurahkan segala kemampuan beliau untuk membantu kami menuntut ilmu dan memjadikan kami agar menggunakan kesempatan dengan sebaik-baiknya sewaktu belajar. Beliau selalu menyediakan jadual waktu khusus untuk mendidik kami. Setiap hari kedua, beliau bertanyakan pelajaran yang telah kami pelajari hari pertama lalu. Jika pelajaran itu terlalu rumit, maka beliau berikan dengan cara yang jauh lebih mudah.

Di antara pelajaran yang khusus kami pelajari di rumah adalah:
- Qatrun Nada sampai dua kali
- Syarh Ibnu Aqil sampai dua kali juga
- Tadribur Rawi
- Mushilut Thullabi ila Qowaidil I’rab (namun tidak selesai pengajian karena beliau sakit)

Majlis beliau sentiasa dipenuhi dengan kebaikan, diskusi (perbincangan), dan pengarahan, sehingga semasa hidangan makan atau bercakap melalui telefon.

Ketika beliau di Arab Saudi sebelum berangkat ke Jerman, ayahanda mengucapkan salam lewat kepada saya, “Assalamu’alaikum warahmatullah wabarakatuh”. Saya menjawabnya tanpa mengucapkan, “Wabarakatuh”. Beliau bertanya (menegur), “Mengapa engkau tidak balas dengan yang lebih utama???” sebagai isyarat pengamalan ayat ke 86 dari surat An-Nisa.

Terkadang beliau sengaja salah memberikan pertanyaan untuk menguji kefahaman kami, sebagaimana juga beliau lakukan kepada murid lelaki. Kadang-kadang beliau menanyakan tentang soalan yang cukup rumit, untuk memberikan faedah namun dimulai dengan pertanyaan terlebih dahulu. Cara ini pun diajarkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sebagaimana terdapat di dalam hadits Muad r.a.

Kadang-kadang ketika kami menemui kesulitan dalam pelajaran atau kajian kami, beliau memerintahkan kami untuk meneruskan kajian tersebut, atau beliau membawa kami ke perpustakaan dan membantu kami. Inilah yang menyebabkan kami begitu sedih dan berduka cita karena kehilangan beliau rahimahullah. Siapakah pula yang akan memperhatikan kami setelah peninggalan ayahanda?

Beliau selalu mendidik dan menyuruh kami dengan lemah lembut. Dan dengan kurniaan Allah, kami tidak terdetik sedikit pun untuk menentang serta menderhakai beliau, kerana semua itu adalah untuk kemaslahatan dan keuntungan kami juga. Semuanya itu adalah mutiara yang dicanai dengan panduan Al-Quran dan As-Sunnah.

Diantara perkara yang paling mengkagumkan pada diri beliau adalah tidak pernah kepada kami dalam perkara ijtihad memiliki sisi pandangan lain. Jikalau kami sudah memahami suatu masalah yang berbeza dengan kefahaman beliau maka beliau tidak memaksa kami untuk mengikutnya serta taasub kepadanya, seperti juga kebiasaan beliau bersama murid-muridnya yang lelaki. Beliau tidak pernah memaksa mereka untuk memahami sesuatu yang masih perlu dipertimbangkan.

Beliau rahimahullah juga memperingatkan kami tentang masyarakat, kerana masyarakat kami adalah masyarakat yang rosak, bersegera dalam melakukan kesesatan dan hal-hal yang tidak berguna, [kecuali yang dirahmati Allah].

Beliau juga memperingatkan kami tentang sikap sombong. Beliau sangat membenci kepada wanita yang sombong terhadap suaminya, beliau mengatakan, “Tidak ada kebaikan pada wanita yang seperti ini.”

Beliau mendorong kami untuk bersikap zuhud terhadap dunia yang fana ini. Beliau membimbing kami untuk meniatkan apa yang kami makan dan minum untuk menguatkan kami dalam bertakwa, agar memperoleh pahala daripada Allah. Beliau mengatakan, “Janganlah kamu menyibukkan dirimu siapkan pelbagai hidangan makanan. Apa yang mudah diperoleh, kita makan.”

Beliau juga membangkitkan semangat kami. Beliau bukan termasuk orang yang suka meruntuhkan semangat keluarga dan anak-anak perempuannya. Beliau membentuk & mendidik kami dengan sebaik-baiknya, agar kami mudah dan bersemangat untuk bersungguh-sungguh dalam memperoleh ilmu yang bermanfaat.

Diantara ucapan beliau kepada saya, “Saya berharap agar kamu menjadi wanita yang faqih.” Ya Allah, wujudkanlah harapan ayahanda, duhai Zat yang tidak diharap kecuali kepada-Nya, tempatkanlah beliau di syurga firdaus yang tinggi.

Dinukil daripada buku “Secebis Nasihat & Kehidupan Indah drpd Ayahanda Al-Allamah Syaikh Muqbil ibnu Hadi Al-Wadi’I Rahimahullah”

Selasa, 5 Oktober 2010

Nasihat Syaikh kepadaku yang lemah ini....

doctornoor17: السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
z_salafi: وعليكم السلام
z_salafi: شيخنا
doctornoor17: كيف حالك يا زبير
z_salafi: الحمد لله
z_salafi: انا بخير
doctornoor17: عسى ان تكون بخير
z_salafi: في زكام شويا
z_salafi: أشان حرارة
doctornoor17: كيف حال سعيد حوى وسائر الاحباب
doctornoor17: شفاك الله وعافاك
z_salafi: وهم الحمد لله
doctornoor17: لاباس طهور
z_salafi: خير ان شاء الله
doctornoor17: هناك حر ولكن ليس بشديد
z_salafi: نعم
doctornoor17: كيف حال الدراسة
z_salafi: الحمد لله
z_salafi: الأن
z_salafi: يبدأ الدرس
doctornoor17: ماذا عملت العام الماضي
doctornoor17: ما درجاتك
doctornoor17: اريدها امتياز
doctornoor17: او ممتاز
z_salafi: ان شاء الله
z_salafi: سأجتهد في الدراسة
z_salafi: وفي المراجعة
doctornoor17: ما نتيجة العام الماضي
z_salafi: جيد جدا
doctornoor17: هل نجحت
doctornoor17: ما شاء الله
doctornoor17: ولكن اريد اجتهاد اكثر
z_salafi: ان شاء الله في هذه السنة أريد امتياز
z_salafi: سأتمكن في الدرس
doctornoor17: احسان الهي ظهير كان باكستانيا وكان الاول في جامعتك
z_salafi: نعم
z_salafi: صحيح
doctornoor17: حتى على السعوديين والعرب
z_salafi: صحيح
doctornoor17: اريدك مثله ان شاء الله
z_salafi: ادعوا لي
doctornoor17: اسال الله لك التوفيق والسداد والرشاد
z_salafi: أمين يا رب
z_salafi: كيف مصر؟؟
doctornoor17: وان يرزقك العلم النافع والعمل الصالح
doctornoor17: بخير حال
z_salafi: شيخ
doctornoor17: ما ترجمة الصورة التي تضعها
doctornoor17: نعم
z_salafi: هذه الصورة التي وضعها
z_salafi: هي عن مشاكل الدعوة في ماليزيا
doctornoor17: ثق في الله لا تياس
z_salafi: وأيض كثر الفتن الي الدعاة السلفية في ماليزيا
doctornoor17: كن متفائلا فالمستقبل لاهل السنة
doctornoor17: الحق واضح ابلج ومهمة الداعي ان يبين الحق
z_salafi: وهم يتهمون بالوهابية و المجسمة وغير ذلك
doctornoor17: وسينصره الله
z_salafi: ان شاء الله
doctornoor17: دعك من هذا كله
z_salafi: نسأل الله الثبات والتوفيق في الدنيا والأخرة
z_salafi: أطلب منك النصيحة
doctornoor17: انت عليك بيان الحق
doctornoor17: قال الله قال رسوله قال الصحابة
doctornoor17: نحن لا ندعو الى وهابية ولا الى تجسيم بل الى القران والسنة ونهج السلف
z_salafi: صحيح يا شيخنا
doctornoor17: وسيعلم الناس الحقيقة
doctornoor17: اذا ذكرنا ان هذا ما عليه الصحابة والتابعون ومالك والشافعي وابي حنيفة واحمد
doctornoor17: نحن نعلم الناس من كتب السنة
doctornoor17: البخاري مسلم
doctornoor17: السنة لاحمد الشريعة للاجري
doctornoor17: هل هؤلاء وهابية مجسمة
z_salafi: لا
z_salafi: ابدا لا
doctornoor17: واتهام دعاة الحق سنة كونية
doctornoor17: حبيبي الزبير
z_salafi: نعم
doctornoor17: كما يجتهد اهل الباطل ولايياسون فعلى اهل الحق ان يكونوا اشد اجتهادا
doctornoor17: وصبرا وتمسكا
doctornoor17: وعليك ان تعلم حقيقة مهمة
z_salafi: ولآن صد عن الحزبية
z_salafi: التي انتشرت في بلدنا
doctornoor17: ان اهل الباطل الذين ينتشرون الان
doctornoor17: ويهاجمون اهل السنة
doctornoor17: وتراهم كثر
doctornoor17: بداوا قلة قليلة
doctornoor17: قتل منهم من قتل كالحلاج وغيره
doctornoor17: وتواصوا بالباطل
z_salafi: اللآن انتشرت الباطل وأهلها
doctornoor17: حتى صار كانه الحق
doctornoor17: واعلم ان عامة الامة يحبون الخير
doctornoor17: ويعتقدون العقيدة الحقة
doctornoor17: الصحيحة
doctornoor17: اهل الباطل يريدون ان يقلبوا فطرة الناس
doctornoor17: ونحن نهدم ذلك باية اوحديث
doctornoor17: ولقد انتشر الحق الان اكثر مما مضي
doctornoor17: عليك ان تجتهد
doctornoor17: لا تلتفت الى اهل الباطل
doctornoor17: وجدالهم الان
doctornoor17: عليك ان تحصل العلم
doctornoor17: وان تحرصعليه
doctornoor17: احرص على دروس الحرم
doctornoor17: احفظ وافهم
doctornoor17: واقرا كثيرا ثم ترجم الحق للنلس ستجد الثمرة
doctornoor17: لا تنشغل الان بمجادلة الاخوان او غيرهم
doctornoor17: بل تعلم ثم تعلم
doctornoor17: اما هؤلاء سيضيعون وقتك
doctornoor17: ويلقون الشبه
doctornoor17: واما ماليزيا
doctornoor17: فالله سيقدر لك القدر الخير
doctornoor17: ولن تظلم
doctornoor17: وستاخذ ما قدره الله لك
doctornoor17: وسيكون الله معك
doctornoor17: وكثير من اخوانك الماليزيين على المنهج الصحيح
doctornoor17: فهون عليك واستعد لنشر المنهج الصحيح وانت لذلك اهل
doctornoor17: ضع في عقلك ترجمة المنهج الحق
doctornoor17: وتذكر اخيرا قول الله
doctornoor17: كتب الله لأغلبن انا ورسلي
doctornoor17: ونحن على منهج الرسل
doctornoor17: ان الازهر الاشعري الصوفي
doctornoor17: بات يدرس فيه ويعلن فيه المنهج السلفي الحق
doctornoor17: وما كان احد يتخيل ان يمدح ابن عبد الوهاب رحمه الله في الازهر
doctornoor17: نعم هناك سجال ولكن الراية بعد طول غياب رفعها السلفيون
doctornoor17: وشاهد قناة الرحمة والحكمة وغيرها
doctornoor17: ستجد مصداق ذلك يسر الله لك وعلمك ما ينفعك
doctornoor17: ونفعك بما علمك وزادك علما
z_salafi: شكرا يا شيخ
z_salafi: علي هذه النصيحة
z_salafi: النافعة الينا
doctornoor17: ادع الله لي
z_salafi: والي طالب العلم
z_salafi: التي في وسط الطريق
doctornoor17: خاصة اذا ذهبت الى العمرة
z_salafi: حتي تحصلها
z_salafi: ان شاء الله سأدع
z_salafi: في العمرة في هذه الأسوع
doctornoor17: هيا استعن بالله وذاكر جيدا اريدك الاول
doctornoor17: وليس الثاني
doctornoor17: ممتاز وليس اقل
z_salafi: ان شاء الله
z_salafi: سأدلك
z_salafi: يا شيخنا الحبيب
doctornoor17: السلام عليكم حبيبي ورحمة اله وبركاته
z_salafi: وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
doctornoor17: ساتصل بك ان شاء الله دوما
z_salafi: جزاك الله خير يا شيخ
z_salafi: ونفعنا الله علي هذه النصيحة
doctornoor17: وجزاك مثله

Ahad, 3 Oktober 2010

Peringatan & Muhasabah

Sahabat semua,,,kita selalu menggunakan internet....Internet ini adalah kegelapan,jadi
kitalah yang mencahayakannya @ memasukkan sedikit cahaya-cahaya itu.
Jadi gunakanlah internet dengan sebaik-baiknya untuk kemurniaan ISLAM serta keizzahan ISLAM...jadikan internet medan dakwah kita serta medan untuk kita menjalinkan ukhuwwah ISLAMIAH sesama kita.......

Jumaat, 1 Oktober 2010

Kenapa Wanita Islam Perlu Berhijab??

Penulis: Kementerian Hal Ehwal Agama, Waqaf,Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi
Penyunting: Abu ‘Urwah As-Salafy al-Athari


Hijab Itu Adalah Ketaatan Kepada Allah Dan Rasul

Allah Subhanahu wa Ta’ala telah mewajibkan ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala mafhumnya: “Dan tidaklah patut bagi lelaki yang mukmin dan tidak pula bagi perempuan yang mukminah, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan sesuatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan sesiapa yang menderhakai Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya dia telah berada dalam kesesatan, dengan kesesatan yang nyata.” (Q.S. Al-Ahzab: 36)
Allah Subhanahu wa Ta’ala juga memerintahkan kaum wanita untuk menggunakan hijab sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala (yang ertinya):“Dan katakanlah kepada wanita yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluan-nya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.” (Q.S An-Nur: 31)
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (yang ertinya): “Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan berperilaku seperti orang-orang jahiliyah.” (Q.S. Al-Ahzab: 33)
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (yang ertinya): “Apabila kamu meminta suatu (keperluan) kepada mereka (isteri-isteri Nabi), maka mintalah dari sebalik tabir. Cara yang demikian itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka.” (Q.S. Al-Ahzab: 53)
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (yang ertinya): “Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengenakankan (pakaian) jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.” (Q.S. Al-Ahzab: 59)
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Wanita itu aurat” ,,maksudnya ialah bahawa dia harus menutupi anggota tubuhnya.

Hijab Itu ‘Iffah (Kemuliaan)

Allah Subhanahu wa Ta’ala menjadikan kewajiban memakai hijab sebagai tanda ‘Iffah (menahan diri dari maksiat). Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (yang ertinya): “Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min: “Hendaklah mereka mengenakan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu.” (Q.S. Al-Ahzab: 59)
Itu kerana mereka menutupi tubuh mereka untuk menghindari dan menahan diri dari perbuatan buruk (dosa), “kerana itu mereka tidak diganggu”. Maka orang-orang fasik tidak akan mengganggu mereka. Dan pada firman Allah “kerana itu mereka tidak diganggu” sebagai isyarat bahawa mengetahui keindahan tubuh wanita adalah suatu bentuk gangguan berupa fitnah dan kejahatan bagi mereka (orang fasiq).

Hijab Itu Kesucian

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (yang ertinya): “Apabila kamu meminta suatu (keperluan) kepada mereka (isteri-isteri Nabi), maka mintalah dari sebalik tabir. Cara yang demikian itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka.” (Q.S. Al-Ahzab: 53)
Allah Subhanahu wa Ta’ala mensifatkan hijab sebagai kesucian bagi hati orang-orang mu’min, lelaki mahupun perempuan. Ini adalah kerana apabila mata tidak melihat maka hatipun tidak berhasrat. Pada saat seperti ini, maka hati yang tidak melihat akan lebih suci. Ketiadaan fitnah pada saat itu lebih nampak, kerana hijab itu menghancurkan keinginan orang-orang yang ada penyakit di dalam hatinya, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (yang ertinya): “Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (melemah-lembutkan serta menggoda suara kamu) sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya.” (Q.S. Al-Ahzab: 32)

Hijab Itu Pelindung

Rasulullah s.a.w. bersabda (yang ertinya): “Sesungguhnya AllahTaala itu Malu dan Melindungi serta Menyukai rasa malu dan perlindungan”
Sabda baginda S.A.W. dalam hadis yang lain : “Siapa saja di antara wanita yang melepaskankan pakaiannya di selain rumahnya, maka Allah Azza wa Jalla telah mencabut perlindungan rumah itu dari padanya.”Jadi balasannya setimpal atas perbuatannya.

Hijab Itu Taqwa

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman(yang ertinya): “Wahai anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menyediakan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik.” (Q.S. Al-A’raaf: 26)

Hijab Itu Iman

Tiadalah Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman kecuali hanya kepada wanita-wanita beriman (maksudnya):“Dan katakanlah kepada wanita yang beriman.” (Q.S. An-Nur: 31).
Allah Subhanahu wa Ta’ala juga berfirman (yang ertinya): “Dan isteri-isteri orang beriman.” (Q.S. Al-Ahzab: 59)
Dan ketika wanita-wanita dari Bani Tamim menemui Ummul Mu’minin, Aisyah R.A. dengan pakaian NIPIS & JARANG, seraya beliau berkata: “Jika kamu semua wanita-wanita beriman, maka (ketahuilah) bahawa ini bukanlah pakaian wanita-wanita beriman, dan jika kamu semua bukan wanita beriman, maka dipersilakanlah menikmati pakaian itu.”

Hijab Itu Haya’ (Rasa Malu)

Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam bersabda (yang ertinya): “Sesungguhnya setiap agama itu memiliki akhlak dan akhlak Islam itu adalah rasa malu.”
Sabda baginda yang lain (yang ertinya):“Malu itu adalah sebahagian daripada iman dan iman itu di syurga.”
Sabda Rasulullah dalam hadis yang lain (yang ertinya): “Malu dan iman itu bergandingan bersama,apabila salah satunya tercabut maka yang lainpun akan tercabut.”

Hijab Itu Perasaan Cemburu

Hijab itu selaras dengan perasaan cemburu yang merupakan fitrah seorang lelaki yang sempurna yang tidak senang dengan pandangan-pandangan khianat yang tertuju kepada isteri dan anak perempuannya. Betapa banyak peperangan terjadi pada masa Jahiliyah dan masa Islam akibat cemburu atas seorang wanita dan untuk menjaga kehormatannya. Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: “Telah sampai kepadaku bahawa wanita-wanita kalian bersesak-sesakan dengan lelaki kafir orang ‘ajam (bukan orang Arab) di pasar-pasar, tidakkah kalian berasa cemburu? Sesungguhnya tidak ada kebaikan pada seseorang yang tidak memiliki perasaan cemburu.”



Beberapa Syarat Yang Harus Dipenuhi bagi Perempuan yang Berhijab :
1. Menutupi seluruh anggota tubuh wanita -berdasarkan pendapat yang paling kuat.
2. Hijab itu sendiri pada dasarnya bukan perhiasan.
3. Tebal dan tidak nipis atau jarang.
4. Longgar dan tidak sempit atau ketat.
5. Tidak memakai wangi-wangian dan bau-bauan yang menusuk hidung.
6. Tidak menyerupai pakaian wanita-wanita kafir.
7. Tidak menyerupai pakaian lelaki.
8. Tidak bermaksud mempamerkan atau menunjuk-nunjuk pakaiannya kepada orang lain (lelaki).

Jangan Berhias Terlalu Berlebihan(Tabarruj)

Bila anda memperhatikan syarat-syarat tersebut di atas akan nampak pada anda bahawa banyak di antara wanita-wanita sekarang ini yang menamakan diri sebagai wanita berjilbab, padahal pada hakikatnya mereka belum berjilbab. Mereka tidak menamakan jilbab dengan nama yang sebenarnya. Mereka menamakan TABARRUJ sebagai hijab dan menamakan maksiat sebagai ketaatan.
Musuh-musuh kebangkitan Islam berusaha dengan sekuat tenaga menggelincirkan dan membogelkan wanita itu, lalu Allah menggagalkan tipu daya mereka dan meneguhkan orang-orang mukmin di atas ketaatan kepada Tuhannya. Mereka memanfaatkan wanita itu dengan cara-cara kotor dan keji untuk memalingkan mereka dari jalan Tuhan dengan mempromosikan jilbab dalam berbagai bentuk dan menamakannya sebagai “jalan tengah” yang dengan itu dia akan mendapatkan redha Tuhannya -sebagaimana pengakuan mereka- dan pada saat yang sama ia dapat menjaga kecantikannya serta kerampingannya.

Kami Dengar Dan Kami Taat

Seorang muslim yang jujur akan menerima perintah Tuhannya dengan hati yang lapang dada dan segera menterjemahkannya dalam amal ibadatnya, kerana cinta dan sayangnya terhadap Islam, bangga dengan syariat-Nya, mendengar dan taat kepada sunnah nabi-Nya dan tidak peduli dengan keadaan orang-orang sesat yang berpaling dari kenyataan yang sebenarnya, serta lalai akan tempat kembali yang ia nantikan. Allah menafikan keimanan orang yang berpaling dari ketaatan kepada-Nya dan kepada rasul-Nya:
“Dan mereka berkata: “Kami telah beriman kepada Allah dan rasul, dan kami menaati (keduanya).” Kemudian sebagian dari mereka berpaling sesudah itu, sekali-kali mereka itu bukanlah orang-orang yang beriman. Dan apabila mereka dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya, agar rasul menghukum (mengadili) di antara mereka, tiba-tiba sebagian dari mereka menolak untuk datang.” (Q.S. An-Nur: 47-48)
Firman Allah yang lain (yang ertinya): “Sesungguhnya jawapan orang-orang mu’min,apabila mereka dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya agar rasul menghukum (mengadili) di antara mereka ialah ucapan: “Kami mendengar dan kami patuh.” Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.” Dan barangsiapa yang taat kepada Allah dan rasul-Nya dan takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya, maka mereka adalah orang-orang yang mendapatkan kemenangan.” (Q.S. An-Nur: 51-52)
Dari Shofiyah binti Syaibah berkata: “Ketika kami bersama Aisyah radhiyallahu anha, beliau berkata: “Saya teringat akan wanita-wanita Quraisy dan keutamaan mereka.” Aisyah berkata: “Sesungguhnya wanita-wanita Quraisy memiliki keutamaan, dan demi Allah, saya tidak melihat wanita yang lebih percaya kepada kitab Allah dan lebih meyakini ayat-ayat-Nya melebihi wanita-wanita Anshor. Ketika turun kepada mereka ayat: “Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudungnya sampai ke paras dadanya.” (Q.S. An-Nur: 31)
Maka para suami segera mendatangi isteri-isteri mereka dan membacakan apa yang diturunkan Allah kepada mereka. Mereka membacakan ayat itu kepada isteri, anak wanita, saudara wanita dan kaum kerabatnya. Dan tidak seorangpun di antara wanita itu kecuali segera berdiri mengambil kain tudung dan menutupi kepala dan wajahnya, kerana percaya dan iman kepada apa yang diturunkan Allah dalam kitab-Nya. Sehingga mereka (berjalan) di belakang Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam dengan kain penutup seakan-akan di atas kepalanya terdapat burung gagak.”

Dinukil daripada Kitab ‘’Al-Hijab’’ cetakan Kementerian Hal Ehwal Agama Islam Arab Saudi.

Bila rasa malal

Rasa malal bila kelas tak bermula lagi.....asyik bangun tido bangun.....memang tak ke mana...